- Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan mana-mana pindaan di bawah Akta ini dari semasa ke semasa (selepas dirujuk sebagai “Akta”), Polisi ini mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam proses membaiki peranti pelanggan.
- Polisi privasi ini meliputi mana-mana pihak yang data peribadinya diproses oleh kami dan bertujuan untuk memaklumkan cara pengumpulan, penyimpanan, penyeberan dan pemprosesan data tersebut.
- Dengan memberikan data peribadi anda dan/ atau menggunakan laman web kami dan/atau perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan polisi privasi ini dan membenarkan pengumpulan, penggunaan, akses, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan data peribadi anda sepertimana yang telah dinyatakan dalam Polisi Privasi ini.
- Sebarang perubahan di dalam Polisi Privasi ini akan dikemaskini di laman web kami. Mana-mana Polisi Privasi gang dikemaskini akan terus diterima pakai untuk semua data peribadi serta maklumat yang telah disimpan sebelum ini atau yang sedang diproses oleh DamageKL.
- Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda perlu memastikan bahawa anda mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga yang sah sebelum menggunakan perkhidmatan kami.